Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Al fatihah nenda tiri

Semalam, dalam sejuk2 umat manusia bersahur. dalam ketika itu, nenda tiri ibu kepada  ayah mertua kembali kepada yang esa.Allah lebih  sayang kan dia. Tak pernah mengenalinya lebih. Tapi cukup sekadar tahu kewujudannya. Yang merupakan isteri kedua kepada atuk jiha dan mempunyai dua orang anak dari hasil berkahwinan dengan arwah atuk. Tarikh perginya juga sama dengan tarikh perginya bapa mertua . Disemadikan  dekat dengan pusara bapa mertua. Alfatihah kepada nenda tiri Bedah bin idris. Semoga Allah menganjarkan mu syurga yang indah.

7 cara senang nak kurus!

7 Cara Senang nak Kurus! Fikiran kena fikirkan boleh, walau apa jua situasi. Jangan selalu memberikan alas an susah-susah dan sebagainya. Cuba dulu baru berikan jawapan. Iye tak? Cara 1 : Sarapan Yang Mencukupi Sarapan sangat penting tau untuk memulakan hari anda. Jika tidak bersarapan , perut berkeroncong , tenaga taka da macam mana nak melakukan kerja betul tak? Pastikan Sarapan anda cukup. Cara 2 : Please . Tolong jangan tinggal waktu makan. Makan bila waktunya sangat penting untuk menghasilkan nutrient. Kalau tak kalian akan jadi lembik . Cara 3 : Ubah cara Pemakanan Bila tengah malam selalu sangat akan berasa lapar, so korang buka peti ais korang ambil buah dan makan. Buah sangat bagus kalau dijadikan snek semasa lapar. Cara 4 : Saiz Pinggan Mempengaruhi Tips paling senang adalah menggunakan Suku Suku Separuh apa dia yang suku ? dan apa dia yang separuh? Suku pinggan adalah nasi, suku pinggan lagi adalah daging/ayam /ikan dan separuh adalah sayur/buah ...

Hiking Batu Sawah, Negeri Sembilan

Memang satu perasaan yang luar biasa setelah beberapa tahun tidak memanjat gunung/bukit. catatan rekod paling tertinggi adalah pada 2000m di gunung berembun Cameron Highland. Perasaan lain kali ini bersama suami tercinta serta rakan -rakan setugas En Suami.  Seperti biasa, jika kemana-mana pasti akan membawa kelengkapan vitamin kami disana.  Supaya stamina sentiasa ada walaupun tinggi dalam lebih kurang 333..33 m. Berjalanan kami sehari sebelum pendakian kami tidur di Homestay Omak akam. Sangat menarik Homestay ni. Luas rumah kampung dan memang sangat-sangat recommended kepada siapa yang mahu mendaki di Batu Sawah.  Homestay Omak Akam Luas kan? boleh muat beberapa orang sahaja. Harga sangat-sangat berbaloi hanya RM 60 sahaja. Berhajat esok pagi mahu makan sandwich sebagai sarapan. yeahh apa lagi...malam sebelum pendakian sibuk membuat bahan-bahan untuk sandwich.   Lepas tu baru kami lena dibuai mimpi. Jam 5 kami bangun bersiap dan ma...

Set Kurus Shaklee Terbaik!!

Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang obesiti. Kegemukan berlaku mungkin disebabkan faktor pemakanan dan genetik. Maka menyumbanglah statistik tinggi kencing manis, jantung , buah pinggang dan sebagainya. Namun, tak dinafikan juga ada yang mahu kekal langsing demi kecantikan. Ada juga yang sanggup tidak makan berhari-hari untuk kekal langsing . Tak dinafikan ade juga yang mengambil ubat yang tidak tahu sumbernya untuk kekal kurus dimata manusia. Bagi mereka kurus itu menawan, gemuk itu mengjengkelkan. Begitulah persepsi masyarakat sekarang. Gemuk dijadikan bahan ejekan. Memang tidak hairanlah jika berlambak produk kurus yang tidak diiktiraf dipasaran sekarang. Sebelum membeli supplemen hendaklah tahu memilih supplemen terbaik! Nak tahu apakah ciri supplemen terbaik? boleh tekan tajuk entri dibawah. TIPS PILIH SUPPLEMEN TERBAIK!! Pilihlah dengan betul-betul natural dan selamat digunakan.Kalau pilihan diberikan kepada Jiha, jiha akan pilih yang terbukti berkesan dan...

Kelas Bina Story Brand dengan Blog

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. Entah kenapa antara banyak medium sosial ni.. jiha paling suka sangat berblog. Terasa dekat sangat dihati. Memang kalau ikutkan dah lama jiha berblog cuma sekadar suka-suka aja. Tiada matlamat. Seperti mencurahkan rasa hati dan sebagainya... Tapi Alhamdulillah... Allah beri jiha peluang untuk belajar blog dengan Neni Lin Chalo .Memang syiok sangat. Bila attend kelas dia, jiha rasa macam banyak benda yang tak tahu lagi ni.  Dari rawang naik train ke Kl Central kemudian ke Wangsa Maju. Seorang diri dengan beg.. Tapi jiha ok je. Jiha memang selalu bergerak sorang-sorang. Walaupun ada suami, jiha ok je berjalan sorang asalkan tempat tu tak sunyi,.yeahhh. Walaubagaimana pun suami juga antara orang yang sentiasa mendoakan jiha selepas Emak. Sentiasa doa kejayaan buat jiha. Setelah sampai ke Wangsa Maju, Jiha bergerak sekali dengan sideline Jiha yang sama-sama mahu membina empayar. Kiteorang naik grab je untuk kesana.. Grab pun turunkanlah kiteora...

1 Langkah untuk Kurus

Assalamualaikum. Ramai yang memikirkan untuk kurus. Apabila berat badan naik, terasa sukar sangat untuk kurus semula.  Hanya satu langkah sahaja untuk mengurangkan berat badan iaitu amalkan DIET PROTEIN . Protein amat diperlukan untuk mengurangkan berat badan.  "Banyakkan protein dan kurangkan karbohidrat " Pengambilan jumlah protein yang tinggi lebih cepat dapat badan langsing daripada mengambil karbohidrat yang banyak. Nak tahu tak , dengan mengambil protein akan mengeluarkan banyak energy pada tubuh badan. Protein juga dianggap sebagai blok bangunan pada tubuh. Ianya berperanan penting dalam produksi enzim dan hormon. Inilah yang dikatakan diet yang sihat dan seimbang. Bagaimana cara diet protein? Senang sangat. Memula kita kena pastikan menu yang dipilih adalah daripada sumber protein. Misalnya, pengambilan ikan Salmon dan Tuna mengandungi omega 3 . Omega 3 pula memang baik untuk jantung. Selain itu, putih telur juga mengandungi sumber protein. Daging merah...

Kata-kata Semangat

Assalamualaikum kata-kata pedas memang membina, kerana itulah penyebab kejayaan. Itulah juga penyebab untuk bangkit. Siapa yang kata tidak kisah . Yang penting kejayaan masa hadapan .  Dear ONLINE SELLER.... Today awak promote barang, tak ada pun orang nak beli. Tapi 10 orang tengok iklan awak . One week awak promote pun tak ada orang nak beli . Tapi dah makin ramai kenal awak and tahu apa yang awak jual . One month awak promote lagi pun sepi jugak. Tapi lebih 500 friends fb awak dah tahu apa yang awak jual .  . Bulan kedua awak give up and terus stop ! Sebab time tuh awak rasa dah tak boleh buat bisnes, tak laku katanya .  . Second month tu lah ramai pulak yang tunggu mana iklan awak, barang awak, and business awak . Customer baru cukup kumpul duit nak beli , baru dapat duit gaji. Tapi awak ? Dah pun berhenti .  . HELLO SIS !  Sado sikit boleh tak ? Jangan pernah mengalah.  Maybe bulan pertama agak sukar , tapi selepas tu InshaaAllah akan ada. Rezeki tak...

Bangkit dari kegagalan

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Setelah setahun dalam bisnes ini , jiha sentiasa dalam keadaan negatif dan pemikiran tidak terbuka. Negative minded itu meyusahkan jiha sebenarnya. Padahal jiha ingin untuk berjaya. Jiha ingin merasai kejayaan bersama-sama keluarga. Jiha mengambil masa yang lama untuk cekal. Sehinggalah Allah izinkan jiha untuk bersama-sama bercoaching dengan neni Ainul Malik. Inilah coaching pertama saya secara offline bersama mentor yang telah terbukti berjaya. Disitu, jiha tak belajar banyak sangat. Tapi ada satu ayat yang buat jiha sedar dari neni Ainul Malik. "Jika dalam bisnes ini, masih dalam keadaan ragu-ragu. Asek nak ikut mood aja. Baik berhentilah buat bisnes. Membazir masa." Kata-kata itu membuatkan jiha tersentak. Jiha faham. Tiada sesiapa pun yang dapat membantu jiha dalam menguruskan perniagaan ini. Melainkan diri sendiri. Jadi, pada 11 Mac 2018 itu merupakan pembangkitan jiha dalam bisnes ini.  Jiha tekad, Sanga...

TIPS PILIH SUPPLEMEN TERBAIKK!!

Assalamualaikum   semua.. Jiha harap semuanya sihat-sihat belaka. Sentiasa bertenaga dan ceria selalu. Kali ini jiha nak sharekan sedikit maklumat. BAGAIMANA UNTUK MEMILIH SUPPLEMEN TERBAIKK!! Disini jiha ada sertakan beberapa soalan yang patut kita fikirkan sebelum memilih supplimen mana yang terbaik untuk kita. SIAPA SYARIKAT PENGILANG PRODUK SUPPLEMEN ? Syarikat   yang menjual produk tertentu mungkin tidak mengeluarkan produk mereka.   Mereka mungkin hanya mengedar produk. Produk supplemen yang terbaik dipasaran akan dikeluarkan   dan diedar oleh syarikat yang sama. Ini memastikan   lebih kawalan ke atas kualiti proses pembuatan ADAKAH PENGEDAR SUPPLEMEN MEMATUHI PROSEDUR FDA BAGI PERKILANGAN YANG TERBAIK? Ini sangat penting untuk mengaetahui sama ada produk supplemen yang dikeluarkan di bawah Prosedur Pengilangan Baik FDA (GMP) . GMP adalah garis panduan kawalan kualiti bahawa industri Farmaseutikal perlu mematuhi peruntukan undang-...

Semula jadi ke vitamin kita?

Hai Assalamualaikum . Apa khabar semua… jiha harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Pada hari ini jiha nak berkongsi tentang sesuatu pada semua. Perkongsiaan jiha pada kali ini berkaitan dengan vitamin C .. Semua mesti pernah mendengar tentang vitamin C kan ? Dan tentu sekali semua mesti pernah menggunakan vitamin c ? Betul tak? Vitamin C ni memang sangat sinonim dikalangan kita semua. Tapi untuk pengetahuan semua, vitamin C ni tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan tau. Jadi kita perlukan Vitamin C ini untuk tubuh badan kita. Jadi dari mana Vitamin c ini dapat kita peroleh? Vitamin C ni kita dapat peroleh dari buah-buahan , sayur-sayuran dan satu hal lagi daripada vitamin yang dijual dipasaran . Pada pendapat jiha, buah-buahan dan sayuran yang Allah cipta itu sangat terbaik.. Tetapi, yang amat jiha risaukan adalah, apabila sayur, buahan yang kite beli atau yang telah jual dipasaran itu telah tercemar oleh bahan-bahan kimia dan juga yang ...

Vitamin C Semula Jadi Saya

Artikel kali ini saya nak menceritakan tentang Vitamin C Plus Sustained release yang memang saya suka dan saya amalkan . “ Sains Pembebasan berterusan secara semulajadi” iaitu telah dihasilkan Khas oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah termasuk kulitnya. (500mg) dan pembebasan secara 1.5 vitamin C buah kedalam tubuh kita setiap jam. Kajian Klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C Shaklee (dalam jarak masa 5 jam ) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Vitamin C Complex ni pula mampu meningkatkan keberkesanan vitamin c di dalam tubuh badan kita, melegakan inflamasi, menentang infleksi bakteria dan radikal bebas. Manfaat Vitamin C Plus Shaklee Membentuk Kolegen Merangsang pembentukan Kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu , gusi...

Teruja ke Indonesia

1 March 2018 Adalah pertama kali saya jejak kaki ke luar negara hehehe INDONESIA. walau pun tak de la jauh mana, tapi untuk pertama kali itu amat rasa teruja dibuatnnya. Misi ke indonesia ni adalah sebab menghadiri majlis perkahwinan saudara. Jadi oleh kerana membalas jasa pertolongan dan bantuan beliau, kami gigih juga mengumpul duit untuk kesana.. Alhamdulillah sangat indah kenangan disana... Banyak juga misi misi kecil kami terlaksana. Misi membuat pasport . UTC Negeri sembilan menjadi saksi, gagahnya kami ke sana untuk menyiapkan pasport. Namun, gambar tu mcm spoile aje, terasa mcm nak buat lagi sekali. Tiket pulak berharga RM 300 lebih keatas perjalan pergi dan balik untuk seorang . BUkan flight air asia. Tapi naik flight orang belanda.  Best juga bila mat salleh yang beri servis. HEhe. Maka bermula juga kami ke ttempat money changer untuk menukar duit .untuk first time ke sana, kami bawa duit satu juta rupiah lebih . hehe terasa jutawan gitu. dengan nilaian duit M...