Skip to main content

4 JENIS MAKANAN MUSUH KEPADA PESAKIT DIABETES.




Assalamualaikum wbt.
Pesakit diabetes sememangnya perlu berhati-hati dengan pemilihan makanan. Makan boleh penawar dan boleh juga menjadi racun dalam badan.  



1. Makanan Tinggi Gula


Gula merupakan penyebab utama penyakit diabetes. Di Malaysia misalnya banyak makanan manisan yang terdiri daripada penggunaan gula yang banyak. Contohnya Donut yang bersalut manisan, kek, aiskrim, aneka pastri dan pelbagai lagi.



Selain gula makanan lain yang mengandungi rasa manis seperti madu, kurma, pisang, anggur merupakan makan yang bahaya kepada pesakit diabetes


Dirisaukan pemakanan ini mampu menaikan glukosa dalam darah dan akhirnya berlaku pemendapan gula berlebihan dalam darah.

Penggunakan gula dengan cara minimun adalah lebih baik untuk pesakit diabetes. Kerana dibimbangi pengambilan gula yang banyak dalam darah boleh memberi kesan kepada berat badan yang mendadak dan menyebabkan kadar insulin dalam darah meningkat.






2. Makanan yang Bergoreng 


Makanan bergoreng memang sangat menyelerakan, lazat dan memang akan sentiasa nak makan selalu.

Namun untuk pesakit diabetes, makanan bergoreng memang wajib dielakan lagi-lagi bergoreng dengan menggunakan minyak yang diulang-ulang. Kerana ia akan membuatkan kadar kolestrol jahat akan meningkat secara mendadak. 

Kalau rasa nak merasa makanan yang digoreng mugkin boleh ubah kepada minyak zaitun.


Dan seelok-eloknya boleh ambil mengelakan makanan bergoreng dan mula mengambil makan yang direbus.



Makan yang digoreng ni contohnya , ayam goreng, kuih yang digoreng, ikan goreng dan seangkatan dengannya.




3. Makanan Kolestrol Tinggi
Apabila wujud kolestrol jahat banyak dalam darah, maka kolestrol baik semakin berkurang. Sekali gus ia akan mendedahkan pesakit diabetes terdedah dengan penyakit jantung.

Disebab wujudnya kolestrol berlebihan dan menjadikan satu lapisan tebal di dinding arteri dalam salur darah.


Contoh makanan yang perlu dicegah ialah kuning telur, daging merah , keju dan mentega.



4. Makanan Kaya Lemak Trans


Makanan yang kaya lemak trans ni boleh didapati dalam marjerin, makanan yang disalai, atau makanan yang diawet.

Walau secara langsungnya makanan ini kurang memberikan kadar kenaikan pada glukosa dalam darah, tapi sebenarnya ia mampu memberikan kesan sampingan yang lain .

Apabila lemak tras yang wujud ini  akan mudah menggugat ketahanan insulin dan masalah metabolisme serta ianya sangat berisiko untuk kerosakan pembuluh darah dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada jantung.








Comments

  1. Pesakit diabetes kene kawal pemakanan. Bagus info ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA GUNA LALA MOVE UNTUK FIRST TIME

Assalamualaikum wbt. Setiap orang ada kemudahan untuk membuat penghantaran barang. Bagi Jiha ini adalah salah satu kesukaran untuk Jiha  hadapi.  Memang susah sebab ada beberapa faktor yang menyulitkan Jiha untuk buat penghantaran pada customer. Tapi jiha tak mahu ini dijadikan sebagai satu alasan untuk Jiha katakan TIDAK untuk run bisnes Shaklee. So entah macam mana teringat tentang LALA MOVE yang boleh tolong kita untuk membuat kerja2 delivery. Dibawah ni Jiha ada Share Tips bagaimana  untuk kita gunakan LALAMOVE untuk penghantaran perniagaan. Langkah 1 : Setelah kita Install app LALAMOVE anda boleh pilih kenderaan yang anda mahukan  Langkah 2 : Boleh tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran Langkah 3 : Anda boleh pilih sama ada nak buat penghantaran dengan kadar segera atau penghantaran berjadual. Langkah 4 : Boleh masukan nota tambahan  Langkah 5 : Boleh pilih kaedah pembayaran  Langkah 6 : Da...

PENYAKIT TIBI IKHTIAR VIVIX

Assalamualaikum semua. Penyakit TB tidak asing lagi di negara kita. Tahun 1945 sehingga tahun 1957 banyak katil-katil di hospital hospital dipenuhi dengan penyakit TB.  Kata Dr Mohamed Naim  " Kebanyakan individu yang dijangkiti  tidak akan mendapat penyakit TB  kerana kuman kuman TB akan  terpendam  dan tidak aktif  di dalam badan seseorang sehingga akhir hayat. Kuman -kuman TB akan aktif jika sistem imun  gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan seseorang. Penyakit TIBI iaitu bawaan bacteria Mybacterium tuberculosis iaitu penyakit yang berjangkit dan boleh bawa maut. Penyakit ini akan menyerang paru-paru, kemudian merebak kepada tulang, buah pinggang , usus dan hati SIMPTOM PENYAKIT TIBI Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih kahak yang mengeluarkan darah Demam berpeluh pada waktu petang atau malam  Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang hilang selera makan Berat badan menyusut M...

Cara Mudah buat Poster menggunakan handphone

Assalamualaikum Berapa ramai yang tahu untuk membuat poster melalui telefon bimbit Haa jangan tak tahu, sekarang memang banyak app di play store mengadakan mempunyai kemudahan membina poster secara lebih kreatif. Tak perlu menggunakan laptop, install adobe illustrator dan sebagainya. Segalanya sangat mudah. Meh, saya tunjukan cara bagaimana untuk menghasilkan poster Cara pertama: Install app di telefon bimbit anda. App yang saya gunakan ialah app Calligraphy Cara kedua : Akan timbul dua pilihan sama ada untuk memilih gambar, atau masuk app tanpa ada gambar Cara Ketiga : Selepas menakan button merah, paparan app tersebut akan muncul seperti di atas.  Semua button yang kita ingin membuat poster semuanya berada di bawah.  Button gallery, anda boleh memilih gambar yang sedia ada sebagai latarbelakang poster Button text, anda boleh memilih text yang anda rasa sesuai. Texture,  boleh dibuat kepada text sahaja. BC meru...