Assalamualaikum wbt.
Pagi tadi teringin pula nak makan karipap .kebetulan ada Sardin dan ada tepung jadi buatlah karipap sardin.
Oleh sebab kat rumah ni makan berdua jadi jiha hanya buat separuh tepung sahaja.
Walaupun tepung separuh, itu pun tetap banyak.
BAHAN BUAT DOH KARIPAP (KULIT KARIPAP)
500 gram tepung
Sesudu kecil garam
Minyak 1 cawan (agak2lah kalau rasa banyak)
INTI SARDIN
Bawang Merah 3 biji
Bawang Putih 5 ulas
Halia sikit
Cili atau sos cili (ikut rasa)
Garam
CARA BUAT DOH.
Panaskan minyak yang dah disukat. Agak2 dah panas bolehlah curah sikit2 dalam tepung.
Lepas tu gaul pelan dengan sudu. Dah agak2 sejuk tu baru gaul dengan tangan bagi rata. Hujung2 jari je gitu.
Dah sebati boleh masukan air. Air tu bancuh siap2 dengan garam. Senang garam dah larut.
Mulakan proses menguli .
Uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan.
Lepas tu boleh bulat2kan doh ikut saiz yang sesuai.
Bulat dan leperkan mengikut kesesuainan.
Kulit karipap jangan tebal sangat. Jangan nipis sangat.
CARA MASAK INTI SARDIN.
Tumis bahan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukan sardin satu tin. Hancur2kan.
Masukan sos garam sikit bila perlu.
Masak sehingga kering sedikit. Dah siap.
Selepas tu boleh la letak inti dalam kulit karipap .Jangan lupa gunakan acuan untuk karipap. .
Dah siap .
Bolehlah goreng karipap dan makan panas2
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment