Assalamualaikum . Wbt.
Tahun ini adalah Ramadhan yang sangat speacial. Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat menceriakan malam Ramadhan anda semua.
Benar sangat pilu dan rindu untuk bertarawih dan berjemaah di masjid di surau. Tapi Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Selamat Menyambut Ramadhan Al mubarak.
----------------------------------------------------------
Saya nak share satu hadis yang baik dan sangat membantu kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.
Hadis ini dinukilkan oleh *Imam al-Baihaqi* di dalam *Kitab Syu’ab al-Iman (شُعْب الإيمَان)* melalui *Sayyidina Jabir رَضِيَ اللهُ عَنْهُ*.
————————————————
Hadis yang seakan hadis ini juga, biasa disebut oleh al-Allamah al-Muhaddis Sheikh Muhammad Ibn Alawi al-Maliki dari Sayyidina Abu Hurairah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan lainnya.
————————————————
Hadis dari Sayyidina Jabir Bin Abdullah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ,
قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أُعْطِيَتْ أُمَّتِي فِي شَهْرِ رَمَضَان خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيَّ قَبْلِي : أَمَّا وَاحِدَة فَإِذَا كَانَ أَوَّل لَيْلَة مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَظَرَ اللهُ تَعَالَى إِلَيْهِم, وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا, وَأَمَّا الثَّانِية : فَإِنَّ خُلُوفَ أَفْوَاهِهِمْ حِينَ يَمْسُونَ أَطْيَبُ عِندَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْك, وَأَمَّا الثَّالِثَةَ : فَإِنَّ الْمَلآئِكَةَ تَسْتَغْفِرَ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ, وَأَمَّا الرَّابِعَةَ : فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُولُ لَهَا: "اسْتَعِدِّي وَتَزَيّنِي لِعِبَادِي, أُوشِكُوا أَن يَسْتَرِحُوا مِنْ تَعْبِ الدُّنْيَا إِلَى دَارِي وَكَرَامَتِي", وَأَمَّا الْخَامِسَةَ : فَإِنَّهُ إِذَا كَانَ آخِرَ لَيْلَة غَفَرَ لَهُمْ جَمِيعًا, فَقَالَ رجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : "أَهِيَ لَيْلَة القَدْر؟" قَالَ : "لَا, أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعَمَالِ يَعْمَلُون فَإِذَا فَرَغُوا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وَفُّوا أُجُورَهُمْ".
Maksudnya;
Bersabda Rasulullah SAW, “Diberikan kepada *umatku pada bulan Ramadhan 5 perkara* yang tidak diberikan kepada umat sebelumku. Adapun yang *pertama, iaitu malam pertama bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka*(yang menjadi pilihan padangan rahmat Allah Taala). Maka sesiapa yang dipandang oleh Allah Taala dengan pandangan tersebut nescaya dia tidak akan diseksa selama-lamanya.
*Yang kedua (dari 5 perkara itu) ialah, bau mulut orang yang berpuasa* disisi Allah Taala lebih wangi dari haruman kasturi.
*Yang ketiga (dari 5 perkara itu) ialah, sesungguhnya semua para malaikat* diperintahkan Allah memohon ampun kepada umat Nabi Muhammad disepanjang siang dan malam dalam bulan Ramadhan.
*Yang keempat (dari 5 perkara itu) ialah Allah Taala telah memerintahkan kepada Syurga* dengan berkata, “Persiapkan diri mu dan berhiaslah buat hamba-hamba Ku, hampir-hampir para hamba-Ku yang soleh akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu dan rahmatKu.
*Yang kelima(dari 5 perkara itu) ialah, di akhir penghujung malam bulan Ramadhan* Allah akan mengampunkan mereka (hamba-hamab Nya) semuanya. Bertanya seorang sahabat dari Bani Hashim, “Adakah ianya malam lailatul qadar?” Jawab Baginda Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم, “Tidak. Apakah kamu tidak memerhatikan bahawa orang yang telah beramal, mereka akan mendapatkan balasan atas apa yg mereka telah kerjakan”.
Kesimpulan hadis ini,
1) Malam Pertama Bulan Ramadhan Allah Memandang dengan Pandangan Rahmat. Sesiapa yang dipandang Allah, maka tidak akan diazab selama-lamanya.
2) Bau Mulut Orang Berpuasa lebih harum dari Kasturi.
3) Malaikat Memohon Ampun Siang Dan Malam untuk umat Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم sepanjang bulan Ramadhan.
4) Syurga Diperintahkan Untuk Berhias untuk orang yang berpuasa.
5) Malam Terakhir di Bulan Ramadhan, Allah Ampunkan Semua HambaNya dari kalangan umat Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم.
————————————————
Kepada semua ketua keluarga seperti saya dan kepada semua hamba yang menginginkan pengampunan dari Allah Taala, jom sama-sama kita persiapkan diri dan mula membuat Countdown untuk Ramadhan.
Bila sampai Ramadhan Khamis Malam Jumaat ini, apa yang perlu kita make sure?
Yang perlu kita make sure malam Jumaat ni ialah, SEMUA AHLI KELUARGA DALAM KEADAAN BERIBADAH DAN MERENDAH DIRI DENGAN HATI YANG TAWADHU’. Kerana dengan cara ini sahaja kita boleh bagi Allah Taala pandang kepada kita.
Jadi langkah-langkah yang ada,
1) Tutup TV seketika.
Solat Maghrib berjemaah. Yang tak boleh solat, baca buku pasai Ramadhan. Tolong jangan bukak phone lagi. Bertahan sat. Bacakan zikir lepas solat berjemaah.
2) Mulakan membaca juzuk 1 al-Quran untuk memulakan gerak langkah menuju khatam al-Quran.
Siapa yang tak boleh baca al-Quran, tolong usaha baca. Usaha dahulu. insyaAllah bantuan Allah akan sampai. Set kan 1 muka sahaja. Kalau betui tak boleh jugak, minta tolong duduk dengan ahli keluarga yang boleh baca. Dengarkan bacaan al-Quran mereka. Sekali lagi, tolong jangan bukak phone lagi semata-mata nak dengar al-Quran. Syaitan akan memperdayakan kita. Kita dah banyak kali kena tipu dengan Syaitan.
3) Banyakkan berselawat. Ini antara amalan paling mudah dan biasa kita buat.
Baca saja selawat apa pun tak pa. Baca beramai-ramai. Inilah cara kita nk hidupkan malam pertama Bulan Ramadhan.
4) Boleh Makan. Ini pun Ibadah jugak. Makan malam. Ok ini dah makin lemah dah ni. Makan untuk tenaga nak solat tarawih.
5) Kemudian setelah selesai semua, bersiaplah untuk solat Isya berjemaah. Langsung selepas itu kita nak solat tarawih bersama. Berjemaah.
Semoga Allah Taala memandang kita semua pada malam pertama Ramadhan dan menjauhkan azabNya dari diri kita, pasangan kita, keluarga anak pinak saudara mara sepupu sepapat ipaq duai kita, guru-guru kita, rakan sepejabat kita, kawan-kawan sekolah tadika rendah menengah dan peringkat tinggi.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Nukilan
Don Daniyal Don Biyajid Mustafa
Bandar Seri Putra
21 April 2020
27 Syaaban 1441H
Inspirasi dari Abu Zahrah Abdullah Thahir.
Comments
Post a Comment