Skip to main content

MEE SUP PALING SEDAP!!!




(Credit : Azie Kithchen)
Hai Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa untuk semua. Hari ini jiha nak sharekan pada korang resepi nak masak Mee Sup. Hari first ramadankan. So kadang2 terpikir nak makan tu nak makan ni tapi bahan-bahannya pulak tak ada. Mee Sup ni sangat ringkas. Korang wajib cuba tau.

Bahan-bahan :

  • Ayam setengah ekor.
  • Halia (diketuk).
  • Akar daun bawang.
  • Akar daun sup.
  • Garam 
  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Bunga cengkih.
  • Minyak untuk menumis.
  • Rempah sup adabi.

    Bahan Untuk Topping :

  • Mee dicelur.
  • Tauge dicelur.
  • Fishcake digoreng.
  • Daun sup@daun bawang dan bawang goreng.
  • Isi ayam difloss.

    Bahan Untuk Sambal Kicap :
  • Cili api kampung.
  • Bawang goreng.
  • Garam dan gula.
  • Kicap manis.
  • *Tumbuk halus semua bahan.
Cara Memasak :
|
1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti

2. Mayang 3 ulas bawang merah,  3 ulas bawang putih dan halia.

3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.

4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.

5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.
6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.
7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.
8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap.

Tak adelah susah sangat pun kan. EHhehe selamat berbuka korang. dan selamat mencuba.

credit : https://saji.my/resepi-bihun-sup-ayam/

Comments

Popular posts from this blog

CARA GUNA LALA MOVE UNTUK FIRST TIME

Assalamualaikum wbt. Setiap orang ada kemudahan untuk membuat penghantaran barang. Bagi Jiha ini adalah salah satu kesukaran untuk Jiha  hadapi.  Memang susah sebab ada beberapa faktor yang menyulitkan Jiha untuk buat penghantaran pada customer. Tapi jiha tak mahu ini dijadikan sebagai satu alasan untuk Jiha katakan TIDAK untuk run bisnes Shaklee. So entah macam mana teringat tentang LALA MOVE yang boleh tolong kita untuk membuat kerja2 delivery. Dibawah ni Jiha ada Share Tips bagaimana  untuk kita gunakan LALAMOVE untuk penghantaran perniagaan. Langkah 1 : Setelah kita Install app LALAMOVE anda boleh pilih kenderaan yang anda mahukan  Langkah 2 : Boleh tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran Langkah 3 : Anda boleh pilih sama ada nak buat penghantaran dengan kadar segera atau penghantaran berjadual. Langkah 4 : Boleh masukan nota tambahan  Langkah 5 : Boleh pilih kaedah pembayaran  Langkah 6 : Da...

Pergi bercuti, Shaklee Taja

Hai assalamualaikum . Pergi bercuti memang sangat best bukan? Nak-nak apabila pergi bercuti dan orang lain yang taja. Memang sangat best! Apa yang menarik dengan percutian Shaklee adalah  Percutian yang sangat mewah. Tak perlu mengeluarkan duit anda sesen pun Dapat bawa bersama dengan orang tersayang Memberikan satu pengalaman yang sangat berharga kepada anda. Percutian Shaklee ada 2 jenis.  Regional Trip   International Trip. Regional Trip Merupakan trip Shaklee sekitar Malaysia (Asia Tenggara) Tahun ini, Shaklee menaja Trip ke Bangkok. Replika Tiket   International Trip. Setiap tahun Shaklee akan adakan Trip bercuti keluar negara. Tempat percutian yang Shaklee tentukan berbeza-beza setiap tahun. Tahun sebelum, Shaklee menaja percutian ke Jepun, California, US dan Itali. Selain tempat percutian Shaklee Juga menawarkan Trip Umrah sepenuhnya ditaja oleh Shaklee. International Trip ini kita sendiri yang pilih, Sama ada ingin ...

Bonus hebat dengan Shaklee

Hai, Assalamualaikum . Zaman sekarang kebanyakannya akan mencari pelbgai kerja tambahan untuk menampung kos sara hidup. Pelbagai cara yang dicari untuk memastikan keluarga mereka mencukupi keperluan . Jadi dengan cara berbisnes juga adalah salah satu cara untuk menmabah pendapatan . Shaklee juga menawarkan pendapatan yang menjamin masa depan. Ramai pengedar Shaklee yang telah pun berjaya dan telah  terbukti mereka berjaya  menambah pendapatan mereka dengan Shaklee. Tahu tak ,  Shaklee akan memberi 3C  (Bonus) kepada Pengedar Shaklee . Dengan Syarat tertentu. Nak tahu apa bonus 3C tu? Bonus 3C tu ialah CASH , CAR , CONVENTION.   Shaklee akan berikan 3C ini kepada yang bersungguh dalam mengembangkan bisnes mereka kepada real bisnes. Sungguh tau, tak tipu! 1) Cash Bonus Ramai yang telah berjaya mendapatkan 3c ni. Bonus Tunai  akan diberikan kepada Pengedar Shaklee yang telah mencapai point  yang ditentukan . Point te...