Skip to main content

20 TIPS MUDAH BAYAR HUTANG

Assalamualaikum wbt.

Allah berikan rezeki kepada semua hamba-hambanya. Harta kekayaan, pangkat wang ringgit, kesihatan, peroleh anak yang ramai , anak sedikit hatta tak de anak pun tetap rezeki . Semua Allah bagi. 

Jiha nak kongsi tips bagaimana mudahnya untuk membayar hutang.

TIPS BAYAR HUTANG DENGAN MUDAH


1. Berdoa Di Rezekikan untuk Membayar Hutang

Berdoa siang dan malam untuk direzekikan kita membayar hutang . Sedekahkan  20 Al fatihah kepada Mak dan Ayah yang masih hidup atau yang telah tiada.

2. Amalkan 1000 istighfar Selepas Subuh.

Meminta kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa yang lepas. Mohon sebenar-benarnya untuk Allah tolong kita.

3. Ucapkan Kesyukuran 


Solat dhuha bukan minta dimurahkan rezeki tapi buat Teknik Kesyukuran . Bersyukur untuk semua yang Allah berikan pada kita hari ini.

4. Senarai Nikmat 

Bila kita duduk tenang-tenang dan menulis senarai nikmat yang Allah berikan kepada kita, kita akan dapati berapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Tanpa perlu bayar apa-apa pun. Baiknya Allah pada kita.

5. Jaga Aurat.

Jaga Aurat, labuhkan tudung dan pakai stokin. Berpakaian mengikut apa yang Allah suka.

6. Istighfar , Dhuha dan Syukur.

Selepas melakukan istighfar , Dhuha dan Syukur jam 10 pagi barulah membuka Handphone .

7. Perbanyakan Zikir "Hasbunallah wani'mal wakil" bermaksud
 Cukuplah Allah bagiku, Aku serahkan kepada Allah semua urusan ku.

8. Baca Surah Pendek Sebelum Zohor.


Berehat sebentar sebelum zohor. Habiskan surah pendek sebelum zuhur. Seperti Al Waqiah.

9. Amalan Selepas Solat






10. Baca Al mulk sebelum Asar


Berhenti sekejap 10 minit sebelum asar untuk baca surah al Mulk dan solat asar awal waktu.

11. Lebihkan Masa dengan Keluarga

Berjemaah dari Asar sehingga Isyak

12. Amalkan Sedekah Setiap Hari.

Walaupun hanya seringgit bersedekahlah



13. Utamakan untuk membayar Hutang.

Antara sedekah dan Hutang lebih baik untuk membayar hutang dahulu kemudian barulah sedekah.

14. Amalkan 1000 istighfar sebelum tidur

15. Solat Taubat sebelum tidur


16. Tahajud merayu dan berdoa bersungguh-sungguh

Doa dengan tepat dan memintalah bersungguh-sungguh.

17. Minta Maaf dengan Suami Sebelum Tidur

 Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Rezeki tak dapat nak masuk jika suami isteri bergaduh saling ungkit mengungkit

18. Redha Ketentuan Allah

Setiap yang Allah takdirkan semuanya ada hikmah yang tersendiri

19. Belajar Rendahkan Ego
Bila dipuji kembalikan pujian kepada yang Esa. Jika kita kurang berjaya pergi berguru untuk menuntut ilmu. Hormati guru

20. Jaga Orang Tua

Berkhidmatlah semasa mereka ada.

Kredit : Puan Zarini Jaafar
(https://www.mingguanwanita.my/hutang-banyak-tak-dapat-bayar-amalkan-tips-ini-buat-rezeki-mencurah-curah/)




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA GUNA LALA MOVE UNTUK FIRST TIME

Assalamualaikum wbt. Setiap orang ada kemudahan untuk membuat penghantaran barang. Bagi Jiha ini adalah salah satu kesukaran untuk Jiha  hadapi.  Memang susah sebab ada beberapa faktor yang menyulitkan Jiha untuk buat penghantaran pada customer. Tapi jiha tak mahu ini dijadikan sebagai satu alasan untuk Jiha katakan TIDAK untuk run bisnes Shaklee. So entah macam mana teringat tentang LALA MOVE yang boleh tolong kita untuk membuat kerja2 delivery. Dibawah ni Jiha ada Share Tips bagaimana  untuk kita gunakan LALAMOVE untuk penghantaran perniagaan. Langkah 1 : Setelah kita Install app LALAMOVE anda boleh pilih kenderaan yang anda mahukan  Langkah 2 : Boleh tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran Langkah 3 : Anda boleh pilih sama ada nak buat penghantaran dengan kadar segera atau penghantaran berjadual. Langkah 4 : Boleh masukan nota tambahan  Langkah 5 : Boleh pilih kaedah pembayaran  Langkah 6 : Da...

PENYAKIT TIBI IKHTIAR VIVIX

Assalamualaikum semua. Penyakit TB tidak asing lagi di negara kita. Tahun 1945 sehingga tahun 1957 banyak katil-katil di hospital hospital dipenuhi dengan penyakit TB.  Kata Dr Mohamed Naim  " Kebanyakan individu yang dijangkiti  tidak akan mendapat penyakit TB  kerana kuman kuman TB akan  terpendam  dan tidak aktif  di dalam badan seseorang sehingga akhir hayat. Kuman -kuman TB akan aktif jika sistem imun  gagal menghalang mereka daripada membiak di dalam badan seseorang. Penyakit TIBI iaitu bawaan bacteria Mybacterium tuberculosis iaitu penyakit yang berjangkit dan boleh bawa maut. Penyakit ini akan menyerang paru-paru, kemudian merebak kepada tulang, buah pinggang , usus dan hati SIMPTOM PENYAKIT TIBI Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih kahak yang mengeluarkan darah Demam berpeluh pada waktu petang atau malam  Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang hilang selera makan Berat badan menyusut M...

Cara Mudah buat Poster menggunakan handphone

Assalamualaikum Berapa ramai yang tahu untuk membuat poster melalui telefon bimbit Haa jangan tak tahu, sekarang memang banyak app di play store mengadakan mempunyai kemudahan membina poster secara lebih kreatif. Tak perlu menggunakan laptop, install adobe illustrator dan sebagainya. Segalanya sangat mudah. Meh, saya tunjukan cara bagaimana untuk menghasilkan poster Cara pertama: Install app di telefon bimbit anda. App yang saya gunakan ialah app Calligraphy Cara kedua : Akan timbul dua pilihan sama ada untuk memilih gambar, atau masuk app tanpa ada gambar Cara Ketiga : Selepas menakan button merah, paparan app tersebut akan muncul seperti di atas.  Semua button yang kita ingin membuat poster semuanya berada di bawah.  Button gallery, anda boleh memilih gambar yang sedia ada sebagai latarbelakang poster Button text, anda boleh memilih text yang anda rasa sesuai. Texture,  boleh dibuat kepada text sahaja. BC meru...