Assalamualaikum wbt.
Macam2 resepi yang boleh kita buat waktu PKP di rumah betul tak? Waktu tengah PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) akan selalu rasa nak makan macam2. Nak makan ayam gorenglah, ayam goleklah, burgerlah macam2 yang terlintas dalam pemikiran ni.
Pelikkan?
Jadi sekarang jiha nak share sedikit Resepi Sizzling yang Jiha buat menggunakan MEE KUNING.
Sebetulnya, MEE KUNING yang selalu Jiha guna adalah MEE KUNING Produk Muslim. Kebanyakan Mee ni tak rasa pahit sedap je nak makan.
Tapi seeloknya korang guna YEE MEE atau MEE Sanggul atau apa sahaja seangkatan dengannya.
Meh Kita sebutkan BAHAN- BAHAN apa yang kita perlukan untuk buat MEE SAZZLING yang sedap.

BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN
- Yee Mee / Mee kuning
- *3 biji bawang merah (hiris)
- * 5 biji bawang putih (hiris)
- * 1 inci halia (hiris)
- * 5 tangkai cili kering (gunting kasar)
- Ayam (potong kecil selalu Jiha guna dada ayam)
- Cendawan shitake (rendam & potong 4)
- Sos tiram 6 sudu
- Kicap pekat (agak-agak)
- Kicap cair 2 sudu
- 1 Kiub ayam
- 3 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air atau tepung gandum pun boleh)
- Garam / gula secukup rasa
- Minyak bijan (optional je Jiha tak guna)
- Serbuk lada hitam (optional)
- Sawi (celur)
CARA-CARA
1. TUMIS
Mula- mula sekali tumis kesemua bahan yang bertanda * dan yang telah Jiha Highlightkan dengan minyak
2. Masakkan Ayam
Setelah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali
2. Masakkan Ayam
Setelah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali
3. Masak Kuah
Agak-agak ayam dah separa masak, boleh masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub ayam.
4. MASUKKAN CENDAWAN
Seterusnya bila semua bahan dalam kuali dah mendidih, baru masukkan cendawan.
5. PEKATKAN KUAH DENGAN TEPUNG JAGUNG
Kalau nampak ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
3 sudu kecil tepung jagung bancuhkan dengan setengah cawan air. Bancuh dulu lepas tu baru tuang dalam periuk. Kacau sampai pekat tak nak bagi berketul-ketul
Bila kuah likat, tutup api.
6. BUBUH MEE
Bila nak makan tapi tak ada pinggan sizzling tu, boleh guna cara ni.
Untuk yee mee, rendam kejap dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap.
Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali. Pecahkan telur. Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee.
Kalau guna mee lain pun samalah. Boleh sesuaikan ikut citarasa kita.
Akhir sekali, letak sawi yang dah dicelur.

Comments
Post a Comment