Skip to main content

Diabetes bahaya atau tidak?

Assalamualaikum wbt.

Penyakit  Diabetes ni memang tidak asing lagi untuk zaman sekarang. Boleh dikatakan hampir 3 juta rakyat Malaysia yang mengidap Diabetes.

Diabetes ni adalah salah satu penyakit kronik yang merupakan masalah besar di kesemua negara di dunia.


Bagaimana Diabetes Terjadi?


Seseorang itu memperoleh Diabetes dimana satu keadaan tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.  Diabetes juga adalah punca utama seseorang mendapat sakit jantung dan angin ahmar.

Diabetes ini berlaku disebabkan pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau dengan kata lain badan tidak lagi dapat menghasilkan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan. Insulin akan digunakan untuk membawa gula ke dalam sel dan tisu  dimana ianya digunakan untuk membekalkan tenaga.

Bila insulin kurang, maka gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu dan paras gula dalam badan akan meningkat.

Maka jika ini berlaku ianya boleh merosakan sel kerana ianya memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga merosakan organ dan tisu kerana terdedah dengan glukosa yang tinggi.



Dua Jenis Diabetes.


Terdapat 2 Jenis Diabetes utama iaitu :

Tahap Pertama : Diabetes atau Insulin Dependents Diabetes Mellitus (Bergantung pada Insulin)

Biasa berlaku kepada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Tahap Dua : Diabetes atau Non - Insulin Dependents Diabetes Mellitus (Tidak Bergantung pada Insulin)

Jenis paling biasa ditemui dan lebih 90% penghidap diabetes adalah dari jenis ini.

Kebiasaannya pada orang yang berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan.

Namun begitu terdapat lagi satu golongan yang berada disempadan tahap gula yang tinggi iaitu Impaired Glucose Tolerance atau lebih dikenali sebagai kumpulan IGT.


Tanda Amaran Diabetes


Gejala yang biasa dialami ialah :


  • Haus dan dahaga yang berlebihan 
  • Letih berat badan menurun
  • Penglihatan kabur dan otot lemah
  • Gatal.
Lain- lain gejala termasuk:

  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Kencing kerap 
  • Luka yang lambat sembuh
  • Gatal dibahagian kemaluan 
  • Rasa kebas.
Untuk mengetahui tahap kesihatan anda, Ujian kesihatan  boleh dilakukan di Klinik Kesihatan 


Golongan yang Berisiko

  • Berumur 35 tahun ke atas. 
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Latarbelakang keluarga yang mempunyai Diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir
  • Tahap lemak dan kolestrol yang tinggi.
  • Faktor pemakanan - Banyak mengambil makanan berlemak daripada makanan berserat
  • Tidak aktif
  • Tekanan darah tinggi
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar 4.0 kg atau lebih.

3 Keadaan Kecemasan Pesakit Diabetes.

Hipoglisemia

Tahap gula dalam darah rendah. Akan berasa pening kepala, pening , pusing ketar tangan dan berpeluh. Pesakit Diabetes boleh pengsan dan atau di serang sawan jika kandungan gula adalah terlalu rendah.

Diabetes Ketoacidosis :

Keadaan yang serius apabila tahap gula terlalu tinggi ( Benar-benar kekurangan insulin) . Keadaan ini juga boleh terjadi daripada tekanan, jangkitan kuman, penggunaan ubat, strok, dan masalah jantung. Keaddan ini boleh menyebakan pesakit akan rasa mengantuk dan tidak sedarkan diri.


Hiperglisemia

Keadaan dimana keadaan gula dalam darah adalah tinggi akan mengalami mengantuk dan tak sedarkan diri.

Apakah akibat jika kandungan gula dalam darah tinggi sentiasa berpanjangan?

Mata

Katarak, pendarahan dalam mata dan mengakibatkan buta.

Saraf

Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka dan juga menyebabkan gangren.

Sekiranya melarat gangren boleh merebak ke seluruh badan.

Buah Pingang


Kegagalan fungsi buah pinggang

Otak

Strok

Jantung

Masalah pada jantung. 


Nak tahu 5 Petua untuk bantu turunkan gula dalam darah?

KLIK SINI UNTUK BACA : 5 PETUA UNTUK BANTU TURUNKAN GULA DALAM DARAH




Comments

  1. Bahayanya diabetes melitus nie huhu

    ReplyDelete
  2. Diabetes tahap pertama tu kesian kan. Pernah baca baby2 kes diabetis. 😭😭😭

    Tahap kedua tu, mintak dijauhkan. Sebab tu kena jaga pemakanan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA GUNA LALA MOVE UNTUK FIRST TIME

Assalamualaikum wbt. Setiap orang ada kemudahan untuk membuat penghantaran barang. Bagi Jiha ini adalah salah satu kesukaran untuk Jiha  hadapi.  Memang susah sebab ada beberapa faktor yang menyulitkan Jiha untuk buat penghantaran pada customer. Tapi jiha tak mahu ini dijadikan sebagai satu alasan untuk Jiha katakan TIDAK untuk run bisnes Shaklee. So entah macam mana teringat tentang LALA MOVE yang boleh tolong kita untuk membuat kerja2 delivery. Dibawah ni Jiha ada Share Tips bagaimana  untuk kita gunakan LALAMOVE untuk penghantaran perniagaan. Langkah 1 : Setelah kita Install app LALAMOVE anda boleh pilih kenderaan yang anda mahukan  Langkah 2 : Boleh tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran Langkah 3 : Anda boleh pilih sama ada nak buat penghantaran dengan kadar segera atau penghantaran berjadual. Langkah 4 : Boleh masukan nota tambahan  Langkah 5 : Boleh pilih kaedah pembayaran  Langkah 6 : Da...

Pergi bercuti, Shaklee Taja

Hai assalamualaikum . Pergi bercuti memang sangat best bukan? Nak-nak apabila pergi bercuti dan orang lain yang taja. Memang sangat best! Apa yang menarik dengan percutian Shaklee adalah  Percutian yang sangat mewah. Tak perlu mengeluarkan duit anda sesen pun Dapat bawa bersama dengan orang tersayang Memberikan satu pengalaman yang sangat berharga kepada anda. Percutian Shaklee ada 2 jenis.  Regional Trip   International Trip. Regional Trip Merupakan trip Shaklee sekitar Malaysia (Asia Tenggara) Tahun ini, Shaklee menaja Trip ke Bangkok. Replika Tiket   International Trip. Setiap tahun Shaklee akan adakan Trip bercuti keluar negara. Tempat percutian yang Shaklee tentukan berbeza-beza setiap tahun. Tahun sebelum, Shaklee menaja percutian ke Jepun, California, US dan Itali. Selain tempat percutian Shaklee Juga menawarkan Trip Umrah sepenuhnya ditaja oleh Shaklee. International Trip ini kita sendiri yang pilih, Sama ada ingin ...

Bonus hebat dengan Shaklee

Hai, Assalamualaikum . Zaman sekarang kebanyakannya akan mencari pelbgai kerja tambahan untuk menampung kos sara hidup. Pelbagai cara yang dicari untuk memastikan keluarga mereka mencukupi keperluan . Jadi dengan cara berbisnes juga adalah salah satu cara untuk menmabah pendapatan . Shaklee juga menawarkan pendapatan yang menjamin masa depan. Ramai pengedar Shaklee yang telah pun berjaya dan telah  terbukti mereka berjaya  menambah pendapatan mereka dengan Shaklee. Tahu tak ,  Shaklee akan memberi 3C  (Bonus) kepada Pengedar Shaklee . Dengan Syarat tertentu. Nak tahu apa bonus 3C tu? Bonus 3C tu ialah CASH , CAR , CONVENTION.   Shaklee akan berikan 3C ini kepada yang bersungguh dalam mengembangkan bisnes mereka kepada real bisnes. Sungguh tau, tak tipu! 1) Cash Bonus Ramai yang telah berjaya mendapatkan 3c ni. Bonus Tunai  akan diberikan kepada Pengedar Shaklee yang telah mencapai point  yang ditentukan . Point te...