Skip to main content

Set Denggi Shaklee

Assalamualaikum. wbt.

Waktu PKP ni adalah waktu yang kita perlu duduk dirumah. Disebabkan wabak yang berbahaya iaitu isu Corona Virus.  Mengikut statistik jumlah Kes Covid 19 kita bersyukur ianya semakin menurun.  Tapi Kes Denggi semakin menaik. 


Kes Setakat 26 April 2020
Kes harian yang paling banyak adalah di Selangor dan kedua yang tertinggi adalah di Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur dan di Johor.

Apa itu Denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.


DEMAM DENGGI BERDARAH



Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah.

Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. 

Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%.

Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan. 

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.


APAKAH TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

RAWATAN
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi .
  • Antibiotik tidak diperlukan.

 BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI?

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:


  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

 Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

  • Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Set Denggi Shaklee

Terdapat 2 Set Denggi iaitu Set Denggi Premium dan Set Denggi Basic.





TESTIMONI SET DENGGI






Cara nak dapatkan Set Denggi?

Boleh hubungi Jiha
011 56538753
Whatapps :
wasap.my/601156538753













Comments

  1. makanan kesihatan diatas sangat recommended, ini salah satu iktiar untuk sembuh dari denggi dengan cepat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA GUNA LALA MOVE UNTUK FIRST TIME

Assalamualaikum wbt. Setiap orang ada kemudahan untuk membuat penghantaran barang. Bagi Jiha ini adalah salah satu kesukaran untuk Jiha  hadapi.  Memang susah sebab ada beberapa faktor yang menyulitkan Jiha untuk buat penghantaran pada customer. Tapi jiha tak mahu ini dijadikan sebagai satu alasan untuk Jiha katakan TIDAK untuk run bisnes Shaklee. So entah macam mana teringat tentang LALA MOVE yang boleh tolong kita untuk membuat kerja2 delivery. Dibawah ni Jiha ada Share Tips bagaimana  untuk kita gunakan LALAMOVE untuk penghantaran perniagaan. Langkah 1 : Setelah kita Install app LALAMOVE anda boleh pilih kenderaan yang anda mahukan  Langkah 2 : Boleh tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran Langkah 3 : Anda boleh pilih sama ada nak buat penghantaran dengan kadar segera atau penghantaran berjadual. Langkah 4 : Boleh masukan nota tambahan  Langkah 5 : Boleh pilih kaedah pembayaran  Langkah 6 : Da...

Pergi bercuti, Shaklee Taja

Hai assalamualaikum . Pergi bercuti memang sangat best bukan? Nak-nak apabila pergi bercuti dan orang lain yang taja. Memang sangat best! Apa yang menarik dengan percutian Shaklee adalah  Percutian yang sangat mewah. Tak perlu mengeluarkan duit anda sesen pun Dapat bawa bersama dengan orang tersayang Memberikan satu pengalaman yang sangat berharga kepada anda. Percutian Shaklee ada 2 jenis.  Regional Trip   International Trip. Regional Trip Merupakan trip Shaklee sekitar Malaysia (Asia Tenggara) Tahun ini, Shaklee menaja Trip ke Bangkok. Replika Tiket   International Trip. Setiap tahun Shaklee akan adakan Trip bercuti keluar negara. Tempat percutian yang Shaklee tentukan berbeza-beza setiap tahun. Tahun sebelum, Shaklee menaja percutian ke Jepun, California, US dan Itali. Selain tempat percutian Shaklee Juga menawarkan Trip Umrah sepenuhnya ditaja oleh Shaklee. International Trip ini kita sendiri yang pilih, Sama ada ingin ...

Bonus hebat dengan Shaklee

Hai, Assalamualaikum . Zaman sekarang kebanyakannya akan mencari pelbgai kerja tambahan untuk menampung kos sara hidup. Pelbagai cara yang dicari untuk memastikan keluarga mereka mencukupi keperluan . Jadi dengan cara berbisnes juga adalah salah satu cara untuk menmabah pendapatan . Shaklee juga menawarkan pendapatan yang menjamin masa depan. Ramai pengedar Shaklee yang telah pun berjaya dan telah  terbukti mereka berjaya  menambah pendapatan mereka dengan Shaklee. Tahu tak ,  Shaklee akan memberi 3C  (Bonus) kepada Pengedar Shaklee . Dengan Syarat tertentu. Nak tahu apa bonus 3C tu? Bonus 3C tu ialah CASH , CAR , CONVENTION.   Shaklee akan berikan 3C ini kepada yang bersungguh dalam mengembangkan bisnes mereka kepada real bisnes. Sungguh tau, tak tipu! 1) Cash Bonus Ramai yang telah berjaya mendapatkan 3c ni. Bonus Tunai  akan diberikan kepada Pengedar Shaklee yang telah mencapai point  yang ditentukan . Point te...