Skip to main content

TRAVEL BAJET : Singapura 3 Hari 2 Malam



Assalamualaikum wbt.



Umur 29 tahun baru Jiha berkesempatan jejak kaki di Singapura . Alhamdulillah rezeki ke negara orang. Tak sangka sebenarnya dapat cuci mata tengok negara orang. Mudahan tahun hadapan ada rezeki untuk Umrah dan Haji. Amin InsyaAllah

TRAVEL BAJET : ROMBONGAN CIK KIAH



Kami ke Singapura bukan persendirian tapi beramai-ramai. Macam rombongan Cik Kiah. Menggunakan perkhidmatan Ejen Perlancongan : CARAVAN SERAI HOLIDAY.


Harga untuk seorang RM 135 tapi belum masuk sarapan pagi dan Takaful. (Harga ni tak termasuk USS ticket ye.)



DUIT YANG DAH TUKAR

Jiha bawak 150 dollar Singapura. Masa tu tahun 2019 RM300 = 150 dollar lebih kurang la macam tu.

HARI PERTAMA (Jumaat)

Lepas je habis kerja pukul 5 petang terus rushing ke Rawang . Sebab bas dari sana akan terus ke Singapura.

Kami berkumpul di Surau Tun Teja, Rawang .Lepas je Solat Isyak bas pun bergerak ke tempat yang dituju.

Jadi malam pertama kami adalah di dalam bas. Lena ke tak tidur? Haha, hanya tidur-tidur ayam. Taklah lena sangat.



DALAM BUS 


HARI KEDUA : (Sabtu)


Dah penat jalan jauh kami berhenti di RNR Gelang Patah untuk Solat Subuh, mandi , sarapan dan bersiap2 untuk ke Imigresen Malaysia.

Di Imigresen Malaysia kami diminta turun dan bawa sekali pasport. Kemudian bas bertolak ke Imigresen Singapura . Kami diminta untuk turun dan bawa sekali barang2 untuk cop pasport dan scan .

Beratur panjang di 
Imigresen Singapura. Pengawai imigresen pun macam bengis juga, cuak sekejap. Yelah takut juga kalau2 kita ada terbawa benda2 yang tak dibenarkan.

Lepas cop pasport dan scan terus lepas dan dah boleh naik bas semula 

Naik bas, mula la sesi ambil gambar sana sini. Yelah awak bukan pernah sampai Singapura. Boleh kata macam jakun kejaplah. Antara tempat-tempat yang kami kunjungi ialah:


MERLION PARK


Tempat ni popular sebab patungnya berkepala singa dan badannya bentuk ikan duyung. Patung Merlion ni terletak di gigi sungai Singapura yang daripada titik ini dapat tengok keindahan Marina Bay Sand.





GARDEN BY THE BAY 










Sesi bergambar, bersama pokok gergasi berlatarbelakangkan Marina Bay Sand dan dua dom yang menempatkan fauna yang datang daripada pelbagai benua.



BUGIS STREET


Kat sini tempat kami beli belah. Baju , tshirt





ARAB STREET DAN KAMPUNG GELAM

Kat sini kami berehat sebentar untuk makan tengahari dan solat. Bolehlah meluruskan kaki yang terlalu lengguh berjalan.

Makan Tengahari kami di Murtabak Zam Zam. Janji kedai ni halal dan mengenyangkan . 

Solat Zohor pula di Masjid Sultan dekat juga dengan Murtabak Zam Zam tu. Dah selesai urusan kami , kami teruskan perjalan ke Pulau Sentosa.



PULAU SENTOSA

Merasa jugalah kami naik train di Singapura. Sampai ke USS Globe dan bergambar. Tak masuk. Mungkin next time lah kalau masuk pun .


SORRY PAKCIK SAYA NAK AMBIL GAMBAR GLOBE TU JE.

GARDEN BY THE BAY

Menonton persembahan air dan laser.

Dah selesai persembahan tu kami pun gerak balik ke Malaysia.









HARI KETIGA

Sampai Malaysia. Sambung tidur sepuasnya hihi.









Comments

  1. banyak tempat best kat Singapura ya, suatu hari saya pasti ke sana juga.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA GUNA LALA MOVE UNTUK FIRST TIME

Assalamualaikum wbt. Setiap orang ada kemudahan untuk membuat penghantaran barang. Bagi Jiha ini adalah salah satu kesukaran untuk Jiha  hadapi.  Memang susah sebab ada beberapa faktor yang menyulitkan Jiha untuk buat penghantaran pada customer. Tapi jiha tak mahu ini dijadikan sebagai satu alasan untuk Jiha katakan TIDAK untuk run bisnes Shaklee. So entah macam mana teringat tentang LALA MOVE yang boleh tolong kita untuk membuat kerja2 delivery. Dibawah ni Jiha ada Share Tips bagaimana  untuk kita gunakan LALAMOVE untuk penghantaran perniagaan. Langkah 1 : Setelah kita Install app LALAMOVE anda boleh pilih kenderaan yang anda mahukan  Langkah 2 : Boleh tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran Langkah 3 : Anda boleh pilih sama ada nak buat penghantaran dengan kadar segera atau penghantaran berjadual. Langkah 4 : Boleh masukan nota tambahan  Langkah 5 : Boleh pilih kaedah pembayaran  Langkah 6 : Da...

Pergi bercuti, Shaklee Taja

Hai assalamualaikum . Pergi bercuti memang sangat best bukan? Nak-nak apabila pergi bercuti dan orang lain yang taja. Memang sangat best! Apa yang menarik dengan percutian Shaklee adalah  Percutian yang sangat mewah. Tak perlu mengeluarkan duit anda sesen pun Dapat bawa bersama dengan orang tersayang Memberikan satu pengalaman yang sangat berharga kepada anda. Percutian Shaklee ada 2 jenis.  Regional Trip   International Trip. Regional Trip Merupakan trip Shaklee sekitar Malaysia (Asia Tenggara) Tahun ini, Shaklee menaja Trip ke Bangkok. Replika Tiket   International Trip. Setiap tahun Shaklee akan adakan Trip bercuti keluar negara. Tempat percutian yang Shaklee tentukan berbeza-beza setiap tahun. Tahun sebelum, Shaklee menaja percutian ke Jepun, California, US dan Itali. Selain tempat percutian Shaklee Juga menawarkan Trip Umrah sepenuhnya ditaja oleh Shaklee. International Trip ini kita sendiri yang pilih, Sama ada ingin ...

Bonus hebat dengan Shaklee

Hai, Assalamualaikum . Zaman sekarang kebanyakannya akan mencari pelbgai kerja tambahan untuk menampung kos sara hidup. Pelbagai cara yang dicari untuk memastikan keluarga mereka mencukupi keperluan . Jadi dengan cara berbisnes juga adalah salah satu cara untuk menmabah pendapatan . Shaklee juga menawarkan pendapatan yang menjamin masa depan. Ramai pengedar Shaklee yang telah pun berjaya dan telah  terbukti mereka berjaya  menambah pendapatan mereka dengan Shaklee. Tahu tak ,  Shaklee akan memberi 3C  (Bonus) kepada Pengedar Shaklee . Dengan Syarat tertentu. Nak tahu apa bonus 3C tu? Bonus 3C tu ialah CASH , CAR , CONVENTION.   Shaklee akan berikan 3C ini kepada yang bersungguh dalam mengembangkan bisnes mereka kepada real bisnes. Sungguh tau, tak tipu! 1) Cash Bonus Ramai yang telah berjaya mendapatkan 3c ni. Bonus Tunai  akan diberikan kepada Pengedar Shaklee yang telah mencapai point  yang ditentukan . Point te...